Dilema Mamak – (Bahagian III: Identiti dan Kerakyatan)

Salam saya kepada semua di sana. Rasa amat syukur untuk bertemu kembali dengan diskusi pada kali ini iaitu Identiti dan kerakyatan” di tanah tercinta ini. Golongan mamak telah dan sedang melalui perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran sejak mereka menjejakkan kaki di bumi tercinta ini. Ramai yang berjaya mengasaskan kehidupan mereka di bumi ini. Ramai juga yang telah kembali ke India bersama-sama dengan harta pencarian mereka selepas Perang Dunia Kedua. Ada juga yang tidak kembali tetapi menghantar pendapatan mereka dari bumi ini untuk membeli harta benda di kampung halaman mereka di India. Kalangan ini percaya kepada saudara-mara mereka di sana.

Dilema Mamak – (Bahagian II: Sumbanganmu)

Salam dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengikuti laman blog saya. Banyak respon yang saya terima bagi Dilema Mamak: Bahagian I. Saya mengakui setiap orang mempunyai perspektif dan pandangan sendiri. Setiap pandangan adalah pandangan yang membina. Saya gunakan fakta sejarah berserta dengan pengalaman hidup saya sendiri untuk membentangkan perbincangan saya tentang komuniti mamak di Malaysia. Tidak ada objektif untuk menyentuh isu sensitif. Harap fahami bahawa tulisan saya ini adalah lebih kepada dimensi akademik yang kritis. Objektif adalah untuk melahirkan integriti yang teguh sebagai mamak dalam masyarakat majmuk Malaysia dan tidak melupakan sejarah kita dalam arus transformasi yang berlangsung pada masa sekarang.

Dilema Mamak di Malaysia – (Bahagian I: Kenali Dirimu)

Mamak, nama yang biasa kita dengar di Malaysia. Ke mana sahaja kita berjalan di Malaysia kita sentiasa terserempak dengan Restoran dan warong makanan Mamak. Kita tidak boleh lupa tentang mee goreng mamak, rojak mamak dan cendol mamak. Juga nasi kandar mamak. Golongan Mamak adalah kaum minoriti dalam masyarakat Malaysia. Kita mungkin kecil dari segi kuantiti tetapi tidak kecil dari segi kualiti. Saya juga anak seorang Mamak dan biasa mendengar satu lagi nama yang digunakan oleh masyarakat Tamil dalam pergaulan sosial. “Tulukkar” merupakan nama panggilan Mamak. Sebenarnya perkataan Tulukkar ini berasal daripada perkataan “Turukkar” yang membawa maksud orang berbangsa Turki. Ada kalanya masyarakat Tamil memanggil orang Mamak dengan nama hormat iaitu “baii” maksudnya abang. Saya pernah mendengar arwah ayah dahulu dipanggil dengan nama lain seperti “muthalali” dan “rawther”.